Malah beliau akan membantu menyediakan peguam untuk Mat Tere atau nama sebenarnya, Muhammad Zul Apis Baharum, 29, sekiranya keadaan memerlukan.
Katanya, segala bentuk bantuan dan pertolongan akan diberikan kepada Mat Tere yang dianggap beliau sebagai kawan dan rakyat Parlimen Ketereh.
“Semua tahu Mat Tere adalah insan istimewa dan janganlah sesiapa mengambil kesempatan dengan keadaannya itu.
“Dia (Mat) itu lurus selurusnya, Allah takdirkan keadaannya begitu. Dia tetap mulia di sisi Allah,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, Khamis.
Terdahulu, Mat Tere ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada pukul 3 petang bagi membantu siasatan berhubung video kata-kata kesat menghina TMJ yang menjadi tular di facebook kelmarin.