Anggota tentera terima padah rogol remaja di hadapan orang lain

Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen, di Kota Bharu pada Selasa atas tuduhan berkenaan di Kampung Semerak, Pasir Puteh, Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Farhan Ismail, 20, dan Muhammad Bukhori Mohd Zawawi, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan di hadapan orang lain di Bukit Peraksi Semerak, Pasir Puteh, jam 11 malam, pada 15 Oktober tahun lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arsyad, memohon mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin kerana kesalahan mereka adalah serius.

Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap