Anggota polis sekeluarga maut kemalangan

Mangsa adalah Koperal Ahmad Faizal Abd Rahim dari Pasukan Polis Marin (PPM) Muar dan isteri, Noorfazilah Mat Zani, 33, serta dua anak pasangan itu, Ahmad Fakhri Naim, 3; dan Nur Aimi Nadhirah, 8.

Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi anak pasangan itu, Ahmad Faqih Nazmi, 5, cedera dan dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan.

Menurut laporan, jenazah empat beranak itu akan dikebumikan di Taman Raja Idris, Pokok Assam, Taiping.

Kemalangan jam 1.20 pagi itu membabitkan Honda Stream yang dinaiki mangsa sekeluarga dengan Proton Suprima, Nissan Frontier dan Perodua Axia, selain lori dan treler.

Jurucakap bomba berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan jam 1.27 pagi.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia