Anggota Daesh dakwa letak bom di hotel P.Pinang

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja hotel itu kira-kira pukul 10.45 malam tadi berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun menurut beliau, pemeriksaan pihaknya kemudiannya mendapati tiada objek mencurigakan ditemukan di kawasan hotel berkenaan dan panggilan itu disahkan palsu.

Kelmarin, polis mendedahkan kejayaan memberkas 16 individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daesh terdiri daripada sel `Gagak Hitam’.

Selain ditahan di negeri ini, kesemua mereka turut diberkas di sekitar Selangor; Kelantan; Perak; Kedah dan Sabah di antara 21 September hingga 6 Oktober lalu, memetik laporan Utusan Malaysia.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap