Anak tiri Taib Mahmud lap mulut dengan duit

KUALA LUMPUR: Kontroversi menyelubungi Toh Puan Raghad Kurdi Taib seakan tidak pernah berhenti.

Bermula dengan tindakannya ‘melarikan’ suami, Tun Abdul Taib Mahmud yang juga bekas Yang di-Pertua Sarawak dari hospital, Raghad selepas itu terus dilanda pelbagai isu panas.

Terbaru, anak lelakinya, Nizar Taib mengundang kemarahan ramai selepas memuat naik video mengesat mulutnya menggunakan segumpal wang.

Video berkenaan yang dimuat naik di TikTok memaparkan Nizar mengesat mulut dengan beberapa helai wang kertas selepas makan, seolah-olah ia adalah tisu.

Perbuatan tersebut jelas ‘menyakitkan hati’, khususnya ketika jutaan rakyat terpaksa hidup dalam kesempitan akibat kenaikan kos sara hidup.

Annoyed Malaysian yang memuat naik video berkenaan di X berkata, wang digunakan Nizar itu barangkali adalah milik rakyat Sarawak.

“Reminder that Taib Mahmud’s “bumiputera Melanau” stepson (Raghad’s son) ate a burger on TikTok & wiped his mouth obnoxiously with cash that probably belongs to the people of Sarawak (ingat bahawa anak tiri ‘Bumiputera Melanau Taib Mahmud memakan burger di TikTok dan mengesat mulut dengan wang tunai yang mungkin milik rakyat Sarawak),” katanya sambil memberitahu, video berkenaan diperoleh dari portal Sarawak Report.

Leeroy Ting pula berkata, Raghad memiliki dua anak lelaki Syria dari perkahwinan terdahulu.

“Kedua-dua mereka secara kontroversi dikurniakan status kerakyatan dan Bumiputera.

“Kesemua mereka berpeluang mewarisi kekayaan Sarawak bernilai berbilion ringgit jika terjadi apa-apa kepada Taib Mahmud,” katanya.

Menggunakan handle @astrixliberty, netizen ini pula berkata, dia pernah berbalas mesej dengan Nizar di Instagram dua tahun lalu.

“ Saya pernah berbalas mesej ringkas dengan Nizar dua tahun lalu.

“Konteks: Seorang lelaki dipenjara 12 hari dan didenda RM10,000 kerana menghalang konvoi Taib Mahmud, kemudian anak tiri Taib ini memuat naik hantaran di Instastory dan berkata ‘inilah yang akan awak dapat jika bermain dengan api’,” katanya. – Getaran

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah