Â
Lima panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak permohonan lelaki berusia 31 tahun itu.
Â
Berasal dari Ulu Baram, Jabing didapati bersalah membunuh buruh binaan pada 2008 ketika cuba merompak mangsa.
Â
Mengikut jadual, Jabing sepatutnya menjalani hukuman itu pada 6 November lalu bagaimanapun ditangguhkan selepas peguamnya mempersoalkan beberapa isu berkaitan prosedur pengendalian kes berkenaan.
Â
Berdasarkan rekod, Jabing dihukum mati pada 2010 tetapi pada Ogos 2013, susulan kajian semula undang-undang mati mandatori Singapura, Mahkamah Tinggi memutuskan tertuduh dihukum penjara seumur hidup dengan 24 sebatan.
Â
Pendakwa Raya mencabar keputusan itu di Mahkamah Rayuan dan susulan itu Jabing dijatuhi hukuman mati. – MStar