Anak Sanusi Junid keluar UMNO serta merta

Akhramsyah Sanusi yang juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Saya boleh sahkan yang saya sudah pun meletakkan jawatan. Saya tahu pesanan tentang perletakan jawatan saya kepada Setiausaha UMNO Bahagian Langkawi diterima kerana difahamkan ia sudah viral dalam kalangan warga Pemuda UMNO Langkawi.

“Saya keluar UMNO dari segi bilanya kerana saya merasakan agak hipokrit untuk saya kekal dalam UMNO apabila saya komited dalam usaha mendirikan parti baharu bawah bimbingan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, yakni antara satu-satunya pejuang UMNO pada masa ia diasaskan sebelum merdeka yang masih aktif bersama kita,” katanya.

Difahamkan, Akhramsyah juga antara jawatankuasa penaja dalam parti yang sedang dibentuk Tun Mahathir bersama bekas pemimpin UMNO yang lain.

“Lagipun, kepimpinan Pemuda di peringkat kebangsaan tidak memberi semangat untuk kita kekal dalam UMNO sebab jelas lari dari perjuangan.

“Kini Pemuda sekadar menjadi tukang sorak seorang Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang kecacatan kewibawaannya sudah menjadi sindiran pedih kepada rakyat Malaysia di seluruh dunia, bukan pendesak perjuangan agama, bangsa dan tanah air,” katanya. – Sinar Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia