Anak penyanyi dikir barat maut tersedak susu

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Muhammad Adam Rayyan Shahrul Nizam dikatakan baru sahaja diberikan susu oleh ibunya Syahima Idayu Akma Mohd Alwi, 26, atau lebih dikenali sebagai Rosalinda di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas.

Menurut adik kepada Rosalinda, Syaifful Ashraf Mohd Alwi, 22, kakaknya meninggalkan bayi tersebut tidur di dalam sebuah bilik selepas diberi minum susu.

“Kakak keluar (dari bilik) dan mengemas ruang tamu rumah selepas menyusukan anaknya, namun apabila dia masuk semula ke bilik itu untuk menjenguk anaknya, beliau mendapati muka Muhammad Adam Rayyan sudah berubah menjadi kebiruan,” katanya kepada pemberita di rumah ibunya di Kampung Sungai Pinang di Tumpat.

Beliau berkata anak saudaranya itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas tetapi pegawai perubatan mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia.

Syaifful Ashraf berkata mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang malam tadi.

Rosalinda yang masih trauma dengan kejadian itu enggan ditemu bual.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Ismail Jusoh mengesahkan kejadian tersebut dan tiada unsur jenayah.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu meninggal dunia akibat sesak nafas kerana tersedak susu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia