Anak Mastura mahu berjumpa seramai mungkin pengundi

Perkara utama yang akan disampaikan ketika kempen adalah memaklumkan hasrat dan agenda ibunya jika terpilih menjadi wakil rakyat.

“Mak hanya mahu menyambung kesinambungan papa sebab mak dah cukup rapat dengan papa dan karier politik papa. Mak mahu teruskan hasrat dan visi arwah papa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan BN di Safari Resort di sini, pagi tadi.

Turut hadir, dua adiknya, Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar, 19.

Wan Emir Astar berkata, beliau akan membabitkan diri dalam program bertemu pengundi termasuk di bazar Ramadan.

“Saya akan rujuk balik pengalaman saya bersama arwah papa macam mana dia buat aktiviti dan pergerakan dia ketika Ramadan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan kelibat mereka di khalayak ramai termasuk ketika ke masjid seperti dikawal individu tertentu, beliau berkata, dakwaan itu hanya spekulasi dan mereka bergaul dengan jemaah seperti biasa.

“Tak ada pengawal, memang tak ada kiri kanan, kalau ada orang kata begitu, itu bukanlah situasi kami sebagai anak rasakan sebab kami memang sudah biasa, walaupun dalam kempen pilihan raya bagi kami ia seperti hari biasa termasuk ketika Ramadan,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada unsur sabotaj selepas ibu mereka dipilih sebagai calon, beliau berkata, mereka adik-beradik tidak melihat perkara itu berlaku.

Katanya, beliau akan fokus selain jentera parti bertungkus-lumus membantu kempen bagi pastikan kemenangan ibunya.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang