Anak sulungnya, Azumin Muhammad Yunus, 23 membuat laporan polis berikutan risau akan kesihatan emaknya yang juga merupakan ibu tunggal.
“Ibu saya yang menghidap penyakit tekanan darah ditempatkan secara berseorangan di tempat yang tidak diketahui oleh polis.
“Dia perlu mengambil ubat untuk penyakitnya. Ahad lalu dia sepatutnya hadir ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan tetapi ditahan sebelum itu,” keluhnya lagi.
Dia juga kesal ibunya yang berjuang untuk keadilan ditahan oleh polis dengan alasan tidak kukuh.
Azumin juga berkata, dia tidak pasti sama ada ibunya dibenarkan untuk bertemu anak-anaknya.
“Ibu saya ditempatkan dalam sebuah bilik yang mana lampu menyala selama 24 jam sehingga tak dapat pastikan siang malam menyebabkan dia tidak tidur.
“Sebagai ahli keluarga kami tidak dimaklumkan di mana emak kami ditempatkan sekarang dan kami takut mengenai keadaannya, dia nampak letih ketika ditemui di IPD Dang Wangi Ahad lalu.
“Kami tak faham kenapa ibu saya diperlakukan seperti pengganas, apa kesalahannya selain dia berjuang untuk Pilihanraya yang adil di negara ini,” tegasnya. – Malaysia Nanban