Menurut Azumin, penahanan ibunya pada Jumaat lalu menakutkan pihak keluarga Maria Chin Abdullah memandangkan aktivis itu bukanlah seorang pengganas.
Selepas ditahan pada Jumaat, Azumin berkata anggota keluarganya hanya berpeluang bertemu Maria sebenar sahaja di IPD Petaling Jaya semalam.
“Sekarang anggota keluarga tidak tahu di mana dia dan bila lagi akan jumpa dia.
“Kami benar-benar tidak tahu dan ini amat menakutkan kami. Emak kami dibawa pergi,” katanya.
Maria ditahan atas alasan cuba memudaratkan demokrasi berparlimen dalam serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di pejabatnya di Petaling Jaya.