Anak IGP tidak terima kontrak kerajaan

“Syarikat Nilai Arms and Ammunitions tidak pernah mendapat apa-apa kontrak untuk membekalkan senjata api kepada mana-mana agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP-Seremban, Loke Siew Foke sama ada kerajaan telah memberikan kontrak senjata kepada syarikat berkenaan.

Anak perempuan kedua Khalid, Juwiza, dan adik iparnya, Mohd Isa Hussin sebelum ini dilaporkan telah mendapatkan kontrak daripada kerajaan untuk membekalkan senjata.

Khalid kemudiannya menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa syarikat senjata api milik anak perempuannya itu memperoleh lesen perniagaann sebelum beliau menerajui pasukan polis.

Khalid juga berkata, beliau telah melarang anaknya daripada membida tender yang dikaitkan dengan kerajaan atau polis.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia