Anak dikatakan mati, hakikatnya diculik

Pada Julai 2014, klinik menyerahkan mayat seorang bayi, kemas dibalut dengan kain putih dan memberitahu mereka untuk pulang ke rumah.

Dengan rasa sedih, mereka pulang ke kampung halaman yang terletak 100km dari bandar dan menguruskan mayat dengan cara Hindu dan setahun kemudian mereka membakar sijil kematian untuk melupakan kenangan buruk itu.

“Sekarang saya yakin bahawa bayi yang baru lahir saya telah diculik dan dijual. Saya telah diberikan seorang bayi lain yang telah meninggal dunia,” Kanon, 27, memberitahu BBC.

Perasaan syak wasangka itu muncul selepas berita mengenai pemerdangangan bayi pada pertengahan November lalu.

Penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) menyerbu sebuah rumah jagaan di Baduari, 80km dari Kolkata dan menyelamatkan tiga bayi yang baru lahir dari kotak biskut.

Bayi-bayi berkenaan akan dihantar kepada kebajikan Kristian dalam kawasan itu yang akan dijual kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.

Beberapa hari kemudian, bayi perempuan yang berumur antara satu hingga sembilan bulan diselamatkan dari rumah untuk pesakit mental berhampiran Kolkata.

Bayi dibungkus dalam kain dan kelihatan kekurangan zat makanan. Ada yang mengalami kudis.

Seramai 13 bayi iaitu 10 kanak-kanak perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki telah diselamatkan, tiga rumah penjagaan ditutup dan 20 orang ditahan setakat ini termasuk jururawat, bidan, orang tengah, kerani yang didakwa memalsukan sijil penerimaan dan individu yang terlibat rumah kejururawatan yang telah diserbu, rumah amal dan rumah untuk pesakit mental.

Turut ditahan tiga doktor dan salah seorang daripada adalah doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran bayi Kanon.

Doktor berkenaan menemani Kanon dan bayi ke rumah penjagaan di Kolkata selepas memberitahu bayi berkenaan memerlukan rawatan khusus dengan keadaan jantung yang tidak dapat dijelaskan.

Berita kematian mengenai bayi pasangan itu sebelum ini menimbulkan tanda tanya kerana semasa kehamilan, bayi berkenaan berada dalam keadaan baik.

“Tanpa melalui ujian yang sepatutnya, bayi berkenaan dikatakan mempunyai lubang pada jantung dan beberapa kecatatan.

Mereka memberitahu suami saya bahawa bayi saya meninggal dunia setengah jam selepas dia meninggalkan hospital.

“Mengapa tidak mereka menjalankan apa-apa ujian ke atas bayi saya apabila mereka terus memberitahu kami dia mempunyai masalah jantung? kata Kanon.

Bagaimanapun, Sarkar percaya dia akan bersatu semula dengan anaknya kelak.

Sementara itu, Kumar daripada Jabatan Siasatan Jenayah berkata, doktor tersebut adalah dari sindiket berkenaan.

“Sebelum ini kami telah menerima satu aduan yang serupa daripada psangan lain,”katanya dipetik BBC.

Episod terbaru penyeludupan bayi mendedahkan banyak isu-isu serius dalam masyarakat India moden.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia