Anak didakwa bunuh bapa sendiri

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ong Shi Bao, 21, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Shi Bao didakwa membunuh Ong Tun Hang, 58, di sebuah rumah di Lintang NAU, Off Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 1.20 pagi, 11 November lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Syed Farid memohon mahkamah membenarkan Shi Bao menjalani pemeriksaan mental di hospital memandangkan dia mempunyai kad pesakit mental, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap