Anak buaya masuk rumah

Kehadiran reptilia sepanjang kira-kira satu meter itu disedari keluarga terbabit pada jam 8.20 malam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, mereka menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.26 malam.

Dua jentera termasuk sebuah ambulans unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi pada jam 8.40 malam, anggota kami menemui seekor anak buaya di ruang dapur rumah berkenaan.

“Kami menggunakan penjerut ular untuk menangkapnya sebelum mengikatnya untuk diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak,” katanya, memetik BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia