Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, yang dibebaskan pada pukul 12 tengah hari disambut oleh isteri, Sabariah Zakariah, 46, serta anaknya Wan Amar Haikal.
Ameng mengakui kehidupan di penjara merupakan pengalaman yang sukar dilupakan kerana hidup dalam kemurungan selama setahun kesan daripada kehilangan segalanya termasuk keluarga, harta dan kemasyhuran.
“Namun, saya berasa amat bersyukur kerana dengan rahmat Allah serta sokongan kawan dan keluarga terdekat, saya berjaya melalui hari-hari sepanjang di sini.
“Apa yang dilalui ini adalah tempoh paling sukar dalam hidup saya. Apabila mendapat tahu tempoh penjara dipendekkan, saya berasa amat gembira dan tidak sabar menunggu detik itu,” katanya.