Ambulans tiba-tiba terbakar di simpang lampu isyarat

Dalam kejadian jam 8.50 malam, ambulans itu yang dikatakan dalam perjalanan pulang dari Ipoh secara tiba-tiba terbakar di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada orang awam jam 8.59 malam sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota yang tiba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh tiga minit dan dua kakitangan hospital yang berada dalam ambulans dapat keluar dan tidak cedera.

“Tiada pesakit dalam ambulans berkenaan ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 9.15 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan, memetik laporan BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia