Ambil tindakan terhadap pengerusi PAC, kata DAP

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata pengakuan Hasan bahawa dirinya menyunting laporan itu tanpa mendapat kelulusan keseluruhan ahli jawatankuasa yang bermesyuarat pada 4 April lalu perlu dipandang serius.

“Apa yang Hasan lakukan adalah sama seperti cuba menutup kes 1MDB dan mahu menipu rakyat dan Parlimen.

“Maklumat ini adalah amat penting kerana sesiapa yang terlibat dalam urus niaga yang besar ini mungkin telah melakukan penipuan besar-besaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim juga telah memfailkan aduan kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, berhubung tindakan Hasan yang membuang beberapa perenggan mengandungi maklumat penting dalam laporan PAC mengenai siasatan 1MDB selepas draf akhir laporan itu telah dipersetujui oleh mesyuarat PAC.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri