Katanya, kabinet kerajaan Pusat dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil perhatian titah Sultan Nazrin Shah untuk menangani masalah tersebut.
“Pada masa yang sama, tuduhan keatas pemimpin yang berjuang terhadap rasuah iaitu, Tony Pua, Rafizi Ramli, Ambiga Sreenivasan, Mariah Chin Abdullah juga perlu ditarik balik dan dihentikan.
“Kabinet perlu mengambil langkah bagi menyelesaikan gejala rasuah termasuk 1MDB,” katanya.
Semalam baginda Sultan Nazrin Shah telah menyatakan kerisauan berikutan berita penglibatan kakitangan dan pegawai kerajaan dalam aktiviti pecah amanah dan gejala rasuah.
“Amaran baginda Sultan Nazrin menunjukkan kegagalan kerajaan dalam menagani sepenuhnya gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini,” tegasnya lagi. – Tamil Nesan.