Ambiga bidas Annuar Musa dakwa Maria Chin agen perisik CIA

Beliau menggesa Annuar untuk membuktikan segera dakwaaannya ke atas Maria Chin itu.

“Apakah UMNO sedia membuktikan bahawa Maria Chin adalah agen risikan US?,” soal beliau.

Beliau memandang serius tuduhan terhadap Maria Chin sebagai agen risikan US dan mendakwa ia satu perbuatan melampau dan tidak bertanggungjawab.

“UMNO wajib memberikan akuan bersumpah sekiranya benar dakwaan bahawa Maria Chin agen risikan US.

“Maka kami juga boleh melihat dan mempertahankan Maria Chin.

“Kami baru sahaja memfailkan kes supaya Maria Chin dibebaskan segera dari tahana SOSMA, tetapi tiba-tiba Annuar Musa tampil dengan tuduhan sebegitu dan kami memandang serius fitnah itu,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan tidak berasas dan seolah-olah cuba mencampuri kes .

Annuar Musa mendakwa Maria Chin ditahan dibawah SOSMA kerana mempunyai hubungan dengan CIA US.

Annuar mendakwa pada tahun 1980 Maria Chin dan suaminya bersama denga beberapa NGO menjalin hubungan dengan CIA US.

“Annuar Musa perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan itu yang dilemparkan ke atas Maria Chin,” tegasnya. –Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal