Amaran hujan lebat, air sungai melimpah di empat negeri

Ia meliputi kawasan terjejas di Kelantan, Terengganu, Johor dan Perlis.

Laman web JPS mengenai maklumat banjir di http://publicinfobanjir.water.gov.my/ pada Ahad mengeluarkan satu amaran awal bahawa penduduk Kampung Sungai Buluh dan Batu Bertangkup di Perlis perlu berhati-hati selepas 51 millimeter (mm) hujan direkodkan.

Satu lagi amaran dikeluarkan buat penduduk di sekitar Empangan Bukit Kwong di Pasir Mas, Kelantan, selepas 44mm hujan dicatatkan pada pukul 5 petang Ahad.

Dua amaran berikutnya dikeluarkan sejam kemudian kepada Sg Kelantan, Tanah Merah (Kelantan) dan Sg Cherul, Kemaman (Terengganu) selepas masing-masing mencatatkan 39mm dan 46mm hujan.

Amaran berasingan dikeluarkan untuk penduduk kampung berhampiran Sungai Muar dan Sungai Penarik di Johor apabila air di kedua-dua sungai mencapai tahap bahaya.

Bagaimanapun, JPS tidak mengeluarkan sebarang amaran banjir atau ramalan banjir di laman web pada Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan lebih dari 500 mm hujan diramalkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor sehingga akhir tahun.

Menurut jabatan itu, keadaan hujan itu pada masa ini berikutan monsun timur laut. – mStar Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia