Amanah tentang pemerintah zalim, bukan pemerintah pencen zalim

Malah, beliau yang merujuk kepada kerjasama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negarawan yang kini berusia 91 tahun itu juga tidak mempunyai perancangan untuk dirinya.

“Cuma bagi saya, daripada awal saya menyebut, kita kenal Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya sendiri pernah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bahkan dalam Perhimpunan Agung Umno, beliau menyerang saya berkali-kali. Tetapi kita orang Islam berpegang kepada satu prinsip iaitu tentang pemerintah yang zalim dan bukan pemerintah pencen yang zalim.

“Kita akui sejarah beliau bukanlah baik di sudut hak asasi dan sebagainya. Tetapi sekarang beliau nak bersama untuk menentang penyelewengan yang begitu ketara,” katanya, dalam wawancara khas bersama akhbar Sinar Harian yang disiarkan pada Isnin.

“Kita mengetahui, dengan umurnya 91 tahun, pada pandangan saya, beliau tidak ada perancangan untuk dirinya. Barang kali untuk kumpulannya saya tidak tahu,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Beliau berkata, secara zahirnya, dan perlu diakui adalah Dr Mahathir merupakan individu yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan imejnya begitu tinggi di luar negara.

“Bagaimanapun saya berhati-hati dengannya tetapi penglibatan beliau untuk menjatuhkan Najib, saya sokong kerana bagi kita kalau Najib yang menyeleweng, rakyat bangun menolaknya, ia akan menjadi satu permulaan di Malaysia.

“Kalau Pakatan Harapan memerintah pula, bila ada penyelewengan, begini juga rakyat perlu lakukan. Bila berlaku begitu, kebaikan akan memihak kepada rakyat. Ini yang berlaku di lain-lain negara,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri