AMANAH tanding di semua kerusi PAS pada PRU-14 – Dr Hatta

Beliau berkata, AMANAH tidak mahu menyentuh mana-mana kerusi PKR atau DAP kerana kedua-duanya merupakan rakan sekutu AMANAH.

“Kita perlu menghormati teman-teman kerana mereka mempunyai rancangan mereka,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Amanah 2016 pada Ahad.

Dr Hatta bagaimanapun bertanya di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya AMANAH melawan pada kerusi yang dipertandingkan PAS.

“Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka akan bertanding? Kita sentiasa sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh,” katanya.

Dr Hatta berkata, mereka boleh berkongsi kerusi.

“Ada 222 kerusi,” katanya memetik mStar Online.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri