Amanah tanding 13 kerusi dalam PRN Sarawak, kata Salahuddin

Beliau berkata, Amanah juga akan meletakkan kesemua calon mereka daripada kalangan anak jati Sarawak dan diyakini mampu menarik sokongan pengundi.

Salahuddin bagaimanapun tidak mendedahkan kerusi yang bakal ditandingi Amanah, namun memberi bayangan parti komponen Pakatan Harapan itu akan bertanding di kerusi campuran di bandar dan luar bandar.

“Mesyuarat bulanan Amanah telah memutuskan yang kita akan bertanding sebanyak 13 kerusi.

“Kami telah pun selesai berbincang tentang perkara tersebut dengan rakan Pakatan Harapan yang lain,” katanya, dalam sidang media di pejabat Amanah di ibu negara pada Ahad.

Amanah juga katanya telah mengarahkan jentera parti itu untuk bergerak ke lokasi yang yang sudah pun dikenal pasti bagi membantu kemenangan menjelang pilihan raya kelak.

“Calon-calon telah dikenal pasti dan keputusan telahpun dibuat dalam mesyuarat kali ini,” katanya.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai