Amanah sudah dedah ‘perangai sebenar’

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, pengumuman Ketua Komunikasi Amanah, Khalid Samad itu sudah jelas menzahirkan harat sebenar parti itu.

“Mereka (Amanah), tetap mahu curi kerusi walaupun daripada sekutu mereka, PKR,” katanya dalam satu sidang media pada Rabu.

Sebelum ini, Khalid berkata bahawa Amanah sedang mengintai kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PKR dan PAS.

Bagaimanapun, parti itu bersedia untuk membenarkan PAS mengetuai kempen di Kelantan dan Terengganu jika mereka kembali ke pangkuan gabungan parti pembangkang.

Bagaimanapun Iskandar menegaskan bahawa situasi seperti itu tidak akan berlaku.

Ini kerana PAS telah memutuskan bahawa kerjasama politik tidak akan diwujudkan dengan bekas sekutunya DAP dan parti serpihan mereka, Amanah, yang merupakan sebahagian daripada gabungan baharu itu.

Iskandar berkata ini juga tidak bermakna PAS akan bekerjasama dengan UMNO.

“Majlis Syura telah memutuskan bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan UMNO. Ini jelas. Tiada kerjasama politik akan ditubuhkan dengan UMNO,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri