Justeru, mereka tidak melihat adanya keperluan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Wan Azizah.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad di dalam sidang media yang diadakan di Wisma Amanah hari ini.
“Saya merasakan ramai yang berpotensi untuk memimpin hubungan baharu ini dan (Muhyiddin) boleh dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang.
“Tapi, setakat ini kita tak nampak adanya keperluan untuk menukarkan ketua pembangkang.
“Tetapi sekiranya (Muhyiddin) dicalonkan dan diterima, kita tiada apa-apa alasan untuk menolaknya,” katanya.
Mengenai BERSATU, Khalid berkata, Amanah menyokong pembentukan parti baharu pimpinan Muhyiddin walaupun keahlian parti berkenaan berasaskan kaum Melayu dan bumiputera sahaja.
“Amanah memandang positif penubuhan Bersatu sebagai parti tidak bersifat rasis, mampu membawa pemikiran Melayu dan bumiputera keluar dari politik perkauman.
“Harapan Amanah supaya corak politik perkauman dapat dijauhi dapat dibawa oleh pemimpin parti berkenaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu.