Amanah minta PAS dihormati seperti parti lain

Bercakap dalam satu sidang media di Wisma Amanah hari ini, beliau juga menyatakan harapan agar hubungan diantara parti mereka dan PAS dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

Malah beliau turut menyifatkan hubungan kedua-dua parti itu semakin membaik kebelakangan ini.

“Kawan-kawan dalam PAS yang sebelum ini melepaskan ‘tembakan’ (serangan) tetapi sekarang ini dah perlahan sikit.

“Saya rasa kita harus jadi parti politik yang betul-betul sivil. Saya percaya akan semakin baik, kita kena positif. Mudah-mudahan hubungan ini boleh diperbaiki,” katanya di dalam sidang media tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan Amanah dan PAS selepas parti serpihan PAS itu kini menjangkau usia hampir setahun sejak penubuhannya pada 16 September tahun lalu.

Anuar berkata, walaupun masih baharu jika hendak dibandingkan dengan PAS tetapi Amanah merupakan sebuah parti politik yang tersendiri dan unik.

Bagaimanapun katanya, Amanah tidak menolak untuk mengadakan kerjasama dengan parti lain dalam barisan pembangkang demi rakyat.

“Kita juga boleh bekerjasama dengan mana-mana parti politik (pembangkang) selagi ia untuk kebaikan dan menentang kemungkaran, katanya.

Sebelum ini, PAS kerap memandang serong kepada Amanah ekoran parti itu tertubuh apabila ahli-ahlinya keluar dari parti Islam itu.

Malah, kerjasama bersama Amanah dilihat PAS sebagai sesuatu yang mustahil untuk dijalankan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri