Amanah akan rampas Kelantan – Mat Sabu

Mat Sabu berkata pengambilalihan boleh berlaku kerana Amanah adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Dalam politik Malaysia, tidak ada pihak boleh berdiri dengan sendiri,” katanya sambil menambah dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada kawan yang kekal.

Beliau memberi contoh iaitu, pada ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Mat Sabu pernah dihukum penjara, tetapi kini pemimpin veteran itu menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Maka sekarang kami bersatu padu,” katanya pada sambutan ulang tahun pertama Amanah di Kelab Sultan Sulaiman, kelmarin. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal