Aman Palestin Lancar Tabung Derma Tampung Kos Mahkamah Lebih RM2.2 Juta

KUALA LUMPUR: Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) melakukan kutipan derma menerusi pelancarkan ‘Tabung Solidariti Kes Aman Palestin’ bagi menampung kos urusan mahkamah lebih RM2.2 juta yang sedang dihadapi badan itu ketika ini.

Pengurus Projek dan Komunikasi Korporat Aman Palestin, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata, ketika ini pihaknya menghadapi masalah kewangan memandangkan akuan disekat.

Jelasnya, sejak bermulanya pertuduhan terhadap Aman Palestin, bukan sahaja bantuan tidak dapat disalurkan akibat sekatan tersebutm malah ramai kakitangan terpaksa dicutikan.

“Banyak cawangan terpaksa ditutup dan begitu juga urusan mahkamah yang memakan kos jutaan ringgit.

“Kini Aman Palestin mengambil inisiatif mohon masyarakat bantu kos pengurusan kes di mahkamah dalam usaha membersihkan kembali nama baik dan bebas daripada pertuduhan.

“Jumlah ikat jamin RM2.2 juta adalah satu angka yang amat besar dan mustahil untuk disediakan dalam keadaan akaun Aman Palestin masih dibekukan. Ini belum campur kos guaman dan sebagainya,” katanya kepada media.

Kini sudah hampir tiga bulan akaun Aman Palestin dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), NGO kemanusiaan itu yang mula beroperasi sejak 2004 menutup 13 daripada 20 cawangan di seluruh negara.

Difahamkan 100 daripada 150 petugas Aman Palestin diminta bercuti tanpa gaji sehingga dimaklumkan kelak.

Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58, dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut, 52, dan pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49 mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan pecah amanah, tipu dan ubah wang haram bernilai RM39.5 juta.

Sebanyak 164 pertuduhan dihadapi tiga tertuduh. -MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia