BN Selangor jangan rasa terlalu kuat

Jelas Zahid, prinsip itu ialah menyelesai masalah dalaman parti, pemimpin turun padang mendekati rakyat, memilih calon yang layak, keluar daripada zon selesa dan memastikan bantuan disalurkan ke peringkat akar umbi.

“Kalau mereka miskin dan susah, tolong mereka. Jangan kita pilih bangsa,agama…tolong semua. Realitinya buangkan urusan biasa, realitinya buangkanlah keselesaan kita… berikan bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

“…sekuat mana pun pembangkang, banyak manapun parti baharu yang ditubuhkan, Insya-Allah UMNO dan BN akan cemerlang semula untuk memerintah di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor, semalam.

Kegagalan Barisan Nasional menawan Selangor selama dua penggal kata Zahid harus dijadikan iktibar dalam usaha mengembalikan pemerintahan negeri itu kepada BN.

Ahmad Zahid berkata Selangor menjadi antara negeri termaju di Malaysia atas usaha BN namun, hasilnya kini dipetik orang lain.

“Sebab kita rasa terlalu kuat, sibuk buat analisis dan strategi, tapi tidak turun ke akar umbi…pemimpin sibuk pegang jawatan untuk jadi calon. Belajarlah daripada kesilapan lalu. PRU12, PRU13 kita kecundang di Selangor, kerana budaya berada dalam zon selesa.

“Saya yakin kita boleh kembali memerintah di Selangor, kita tidak perlu menang semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kalau kita menang 35 atau 33 pun sudah cukup,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri