Ally Iskandar mengaku cerai isteri talak satu

Ally yang sinonim dengan rancangan Malaysia Hari Ini, mengaku sah bercerai pada 17 Ogos lalu.

Menerusi satu status di laman Facebook miliknya pada Jumaat, Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd. Mardzi berkata, dia dan bekas isteri, Nurfarahin Romli sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur secara baik.

“Kenyataan rasmi ini adalah sebagai maklum balas kepada perta­nyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di laman sosial tentang rumah tangga saya.

“Pada 17 Ogos lalu, saya telah melafazkan cerai talak satu kepada Nurfarahin atas persetujuannya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar,” tulisnya.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran