VIDEO: Allah tak suruh semua orang peluk Islam, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir turut memuji Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang berani mengatakan pendirian tegas mengenai ajaran Islam terutamanya dalam konteks di Malaysia dan dunia Islam.

“Dalam ucapan Presiden (Amanah) tadi amat jelas bahawa hakikat dalam dunia ini terdapat bukan sahaja orang Islam tetapi juga ada orang bukan Islam.

“Kalau kehendak Allah seperti itu, semua jadi Islam. Tetapi dia tidak menyuruh semua orang menjadi Islam.

“Sebaliknya mereka ada berbangsa-bangsa sulaya mereka akan dapat hidup dalam keamanan dan bersikap persahabatan dengan semua kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Amanah di SACC, Shah Alam hari ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam majlis itu turut bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir

“Saya setuju apa yang Tun katakan,” ujarnya.

Mohamad Sabu dalam ucapan dasarnya menegaskan tujuan politik Amanah adalah meraikan kebersamaan tetapi dalam masa yang sama menghormati perbezaan dan kepelbagaian.

“Perjuangan politik adalah urusan muamalat sesama manusia. Bersama dalam perkara muamalat bukan bermakna mesti bersama di dalam perkara aqidah.

“Berbeza dalam perkara muamalat, bukan juga bermakna berbeza dalam perkara aqidah,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=mpVX-PqSkLU

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri