Video: Ali Tinju ramal bawa lebih ramai penyokong daripada Himpunan Baju Merah Jamal

Selain itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju sehubungan itu berkata Jamal perlu mencari lokasi lain bagi himpunan anjurannya itu.

“Sasaran kami Dataran Merdeka. Kita dah kerah bekas polis dan tentera. Datuk Jamal pilihlah kawasan lain, jangan sibuk-sibuk kawasan saya. Saya tak jangka Jamal boleh bawak turun ramai, saya jangka 100 orang sahaja. Itu standard dialah. Saya bukan macam Datuk Jamal, saya 100 kali ganda saya buat,” katanya.

Jamal sebelum ini menjangkakan akan ada penyertaan dari golongan bukan Melayu dalam Perhimpunan Baju Merah 2.0 yang akan dianjurkannya susulan penganjuran perhimpunan Bersih 5 di ibu negara.

“Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah peserta kali ini akan terdiri daripada kaum Cina.

“Saya sudah berbincang mengenai perkara ini dan mereka bersetuju untuk bersama-sama kita,” kata Jamal sebelum ini.

Beliau turut mensasarkan penyertaan seramai 300,000 peserta dalam himpunan itu.

Ali dalam sidang medianya di ibu negara hari ini turut mengingatkan pihak polis bahawa mereka bukanlah menganjurkan himpunan sebaliknya protes susulan daripada himpunan besar pada tarikh itu ekoran larangan untuk mana-mana himpunan dianjurkan di Dataran Merdeka.

“Polis tidak berhak untuk tidak membenarkan saya kerana bukan saya melakukan himpunan. Saya hanya protes. Himpunan adalah Bersih 5, iaitu NGO pembangkang yang buat himpunan Bersih. Kami buat protes himpunan yang diadakan pada hari tersebut.

Tanpa memberikan anggaran tepat, Ali menjangkakan protes yang dianjurkannya akan mendapat sokongan ribuan peserta.

“Saya yakin dan percaya, 20, 30, 100 orang…dan tidak boleh dinyatakan kerana saya telah membakar semangat. Mungkin mencecah beribu-ribu yang turun pada 27 haribulan nanti. Sasaran kita Dataran Merdeka,”katanya.

Berikut adalah pautan video Ali: https://www.youtube.com/watch?v=LVurwgtKoz8

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri