Hina kematian Haron Din, MP DAP dakwa Twitter digodam

Beliau berkata demikian susulan statusnya pada Jumaat yang disifatkan sebagai menghina pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dengan tulisan ‘Adios Haron Din. Let there be peace’.

“Saya tidak lihat ada isu mengenai kenyataan itu. Cuba pergi lihat di laman Twitter dan Facebook saya.

“Laman itu adalah kerja photoshop dia orang. Saya hanya akan memuat naik status menerusi laman Facebook rasmi saya,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Semalam, status ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ dimuat naik ke Twitter Ooi, sebelum diubah kepada ‘Received a personal call awhile ago. So…Farewell. Let there be peace’.

Susulan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari mendesak Ooi memohon maaf kepada ahli keluarga Haron dan menarik balik kenyataan biadap itu.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama Ooi mengeluarkan kenyataan biadap, kerana beliau pernah menggelar kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai kucing kurap, pada 2013, yang turut ditegur presiden partinya ketika itu, Karpal Singh pada Konvensyen DAP Pulau Pinang, tahun sama.

Haron meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia) akibat komplikasi jantung.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri