Dalam satu kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mahu ianya digubal dan diluluskan di parlimen pada awal tahun depan.
“Ini yang kami tidak mahu. Kami ambil tindakan bersungguh-sungguh minta muktamad. Tidak payah kita marah Najib, Lim Guan Eng dan Azmin kenapa terima wang
“Keadaan sekarang membolehkan orang politik terima wang. Kalau dia (kerajaan) ikhlas, bulan Mac ini kita selesaikan,” kata Kadir.
Bagaimanapun, GAGASAN mahu beberapa perkara yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dalam akta tersebut diteliti semula seperti cadangan dibuang had perbelanjaan politik khususnya ketika pilihanraya.
Susulan daripada itu, GAGASAN telah menyediakan satu memorandum yang mengandungi beberapa cadangan penambahbaikan seperti membenarkan sesebuah parti menubuhkan syarikat bagi membiayai kegiatan politik dan saranan kepada kerajaan supaya memberi geran tahunan kepada parti-parti politik untuk program yang memberi kebaikan kepada masyarakat.
Gagasan akan mengatur pertemuan dengan Paul Low dan beberapa agensi yang berkaitan dalam masa terdekat untuk menyerahkan memorandum tersebut.
“Dalam pertemuan tersebut akan dijelaskan secara lebih terperinci cadangan-cadangan yang terdapat dalam memorandum yang telah GAGASAN sediakan,” kata Tuan Ibrahim dan Kadir.