Parlimen akan kembali bersidang pada bulan Mac tahun depan. Sehingga hari ini, kerajaan yang dikatakan akan menubuhkan jawatankuasa khas selepas bercadang untuk mengambil alih pindaan Akta 355 daripada Hadi masih tiada kemajuannya lagi. Oleh itu, sama ada ia cukup masa untuk dibentangkan pada sidang Dewan akan datang atau tidak masih belum diketahui. Melihat daripada analisis perkembangan semasa, jika bukan kerana kerajaan bersetuju untuk mengambil alih akta tersebut, sudah tentu Akta 355 ini tidak berjaya diluluskan.
Sejurus Akta 355 diluluskan, akan ada banyak kemusnahan tidak kira negara mengamalkan kedaulatan undang-undang atau tidak. Apa yang pasti, ia mampu menjadi topik hangat dalam menghadapi PRU akan datang bahkan parti politik Cina akan menjadi mangsanya. Namun ‘kecederaan’ yang dihadapi parti pemerintah seperti MCA dan GERAKAN mungkin lebih besar.
Timbalan Menteri MITI, Ahmad Maslan baru-baru ini mendakwa, selepas Akta 355 diambil alih kerajaan, ia akan menjadi RUU kerajaan dan parti komponen BN perlu menyokongnya. Bagaimanapun, Presiden GERAKAN, Mah Siew Keong tdak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mendakwa kerajaan masih belum membincangkan pengambil alihan Akta 355 di kabinet. Jawatankuasa Khas juga belum ditubuhkan, jadi sebarang kenyataan masih terlalu awal.
Hakikatnya apabila RUU Persendirian menjadi RUU kerajaan, jika parti komponen tidak menyokongnya, ia sama dengan berkonfrontasi dengan kerajaan. Isunya adalah sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan BN perlu terlebih dahulu mendapat sokongan sebulat suara parti komponen BN. Jika tidak ‘Semangat BN’ yang sentiasa diperkatakan kerajaan hanya sia-sia sahaja.
Alasan utama mengapa pengundi Cina tidak menyokong BN adala mereka tidak mahu melihat situasi parti politik parti tidak berubah. Jika kerajaan berkeras mahu melaksanakan Akta 355 tanpa mengakui kehadiran parti komponen BN yang lain, tidak mustahil undi orang Cina kepada BN akan berkurang.
Keadaan MCA dan GERAKAN ketika ini agak memalukan. Dalam situasi masyarakat Cina tidak menyokong BN, sudah tentu suara parti ini tidak didengari dalam BN. Walau bagaimanapun, jika dua parti ini terus berserah dan ‘kubur kata mari, rumah kata pergi’, pasti dua parti ini akan melalui krisis terbesar dalam sejarah PRU akan datang. – Nanyang Siang Pau