Akhirnya mereka melutut juga

Malah tepat sekali telahan PAS bahawa mereka akhirnya akan ‘melutut’ untuk merintih sokongan dari PAS di sebalik keangkuhan untuk terus menerus mencerca, memfitnah dan mengherdik PAS seperti bangkai binatang busuk di tepi jalan.

Seluruh Rakyat Malaysia memahami bahawa PAS hanya diperlukan DAP kerana sumber tenaga dan undi Melayu Islam. Selepas PAS dipergunakan, sekali lagi PAS akan dipijak dan dihina seperti sampah.

Begitu banyak pengkhianatan DAP terhadap PAS dan Islam. Begitu banyak kerosakan yang mereka lakukan terhadap gabungan pembangkang yang akhirnya menguntungkan UMNO/BN serta merugikan Rakyat.

Sayonara DAP. Sayonara PAN. Keputusan PAS sudah muktamad. Cukuplah PAS yang acapkali terpaksa berkorban untuk sediakan tangga kepada mereka untuk naik ke atas.

Tiba sudah giliran PAS untuk naik ke atas melalui GAGASAN SEJAHTERA bersama-sama mereka yang ikhlas menghormati 3 prinsip asas tahaluf siyasi PAS, iaitu Islam dan PAS memimpin, kerjasama di atas dasar Islam semata-mata dan kerjasama yang menguntungkan Islam sahaja.

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur dihujung dahan,
Setelah sekian lama bantuan diberi,
Selamat tinggal DAP kami ucapkan.

Â

Â

Dipetik dari Facebook Huzir Sulaiman

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai