Wahyu Hidayat Jaapar, 34, berkata, dia kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, sekali gus memberi kesan terhadapnya apabila dipandang serong oleh umum.
Dia yang juga Ketua Biro Kebajikan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading akui hanya menyedari akaun Facebooknya digodam melalui rakannya.
“Pada Isnin saya masih belum buka akaun Facebook saya, namun kenalan saya bertalu-talu beritahu hal berkenaan (gambar lucah) terdapat di Facebook saya. Ada juga beberapa pihak hubungi saya dengan sindiran.
“Lebih teruk lagi gambar lucah itu turut dihantar dari akaun saya ke akaun Facebook lain, di mana akan menyebabkan seolah-olah saya yang hantar gambar berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, pada Isnin.
Menurut Wahyu, dia berharap orang ramai tidak salah faham mengenainya.
“Saya berharap setelah laporan ini dibuat, polis dapat menyiasat sebaiknya dan ia dijadikan pengajaran kepada individu lain,” katanya. – Sinar Harian