Air pasang besar, 85 penduduk Kuala Muda berpindah

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Leftenan Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata, pusat pemindahan itu setakat ini menempatkan 85 penduduk daripada 24 keluarga yang tinggal di enam kampung berdekatan pantai.

“Pusat pemindahan terbesar setakat ini ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala yang menempatkan 29 mangsa dari Kampung Masjid, Kampung Ujung Matang dan Kampung Padang Salim diikuti Dewan Masjid Haji Yusof, Bukit Kecil yang menempatkan 24 mangsa dari Kampung Sungai Yu.

“Selain itu, Dewan Kampung Paya menempatkan 20 mangsa dari kampung itu sementara rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Meriam yang turut dijadikan pusat pemindahan menempatkan seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga di kampung tersebut,” katanya, memetik laporan Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia