Aidiladha jatuh 12 September

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1437 Hijrah ialah pada Sabtu, 3 September 2016.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 Sept 2016,” katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Khamis, memetik laporan Bernama.

Sementara itu, negara jiran Indonesia turut menetapkan Aidiladha disambut pada 12 September.

Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saefudin mengumumkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan ulama dan para pemimpin beberapa pertubuhan Islam di negara tersebut.

Katanya, penetapkan tarikh Aidiladha tahun ini dilakukan secara hisab dan rukyah ekoran kedudukan anak bulan didapati berada di bawah ufuk dan ia tidak boleh kelihatan.

“Disebabkan keadaan itu tiada sesiapa yang dapat melihat hilal (anak bulan), bulan Zulkaedah digenapkan selama 30 hari dan 1 Zulhijah masuk pada Sabtu 3 September ini maka Aidiladha pula jatuh pada 12 September ini,” katanya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia