Ahmad Yakob tolak kerusi Mursyidul Am PAS

Malah katanya lebih elok sekiranya jawatan berkenaan diberikan kepada pemimpin lain bagi menggalas kerusi tertinggi parti itu.

Jelasnya, langkahnya menolak jawatan Mursyidul Am Pas bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din adalah kerana beliau mempunyai pelbagai komitmen lain dalam parti termasuk sebagai Menteri Besar.

“Bagi saya, biarlah saya kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am sahaja kerana ramai lagi ahli Majlis Syura Ulama yang layak menggantikan Allahyarham.

“Saya banyak tugasan lain selain perlu menjaga Kelantan. Bagaimanapun keputusan akan dibuat menerusi mesyuarat parti itu yang akan diadakan nanti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu pada Rabu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri