Ahmad Razif enggan ulas status menteri besar, tunggu Najib

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu sebaik sahaja Najib selesai menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“No komen, tunggu PM. Tak tahu bila PM datang (menghadap), kena tanya PM sendiri. Semua sudah selesai, tiada apa isu. Terima kasih belaka (semua),” katanya, memetik laporan Sinar Online, pada Rabu.

Razif tiba di Wisma darul Aman kira-kira jam 9.30 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan disambut oleh Setiausaha Sulit Kanannya, Md Kamaru Al-Amin Ismail dan Setiausaha Politik, Prof Madya Dr Mohd Rozailan Ibrahim.

Beliau juga kelihatan tenang dan ceria, serta sempat melayani permintaan pihak media untuk mengambil gambarnya sebelum mempengerusikan mesyuarat itu.

Kesemua sembilan Exco Terenganu juga hadir pada mesyuarat berkenaan, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri