Ahmad Bashah tidak faham politik baru, kata Mahfuz

Mahfuz mendakwa, tiada sebarang pencapaian yang membanggakan sepanjang 100 hari Ahmad Bashah menjawat jawatan sebagai menteri besar Kedah selepas menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kerana beliau tidak matang dalam berpolitik.

“MB Ahmad Bashah cuba meletakkan yang anak muda masih memandang serong dan marah kepadanya ekoran krisis pertukaran MB Kedah kerana tak faham keperluan perubahan politik,”katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Mahfuz berkata, Ahmad Bashah jangan cuba menyalahkan anak muda dan meletakan anak muda tak faham apa yang berlaku dalam krisis politik Kedah yang membawa kepada pertukaran MB dari Mukhriz kepada Ahmad Bashah.

“Jangan anggap anak muda Kedah bangang dan tak berpelajaran sehingga tak tahu apa yang berlaku dan tak faham Politik.

“Anak muda Kedah mahukan perubahan politik yang telus bukannya perubahan kerana percaturan jahat untuk memenuhi impian Putrajaya yang berdepan dengan krisis politik akibat pelbagai skandal,”katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri