Ahli Umno mahu tanding Bebas di Kuala Kangsar

Memetik kenyataan di laman Facebook miliknya, Syed Rosli berkata tindakan itu diambilnya susulan kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) dan PAS bukan anak tempatan yang berasal dari Kuala Kangsar.

“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar mersakan kedua-dua calon PAS dan BN bukan anak tempatan.

“Ini sudah semestinya (mereka akan) gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar.

“Saya selaku ahli Umno berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon yang jauhlebih layak dari (Datin) Mastura (Mohd Yazid) yang dicalonkan,” kata Syed Rosli merujuk kepada balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad di laman Facebook itu.

Beliau juga mengakui dirinya tidak takut dipecat daripada Umno kerana mahu bertanding menentang calon parti.

“Sudah tiba masanya untuk buktikan kepada pimpinan parti kami ahli bawahan bukan Pak Turut sahaja,” katanya.

Jika hasrat Syed Rosli untuk bertanding menjadi kenyataan, pilihan raya kecil Kuala Kangsar pada 18 Jun ini bakal menyakikan pertandingan empat penjuru.

Setkat ini, Mastura sah akan berdepan dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Calon PAS dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak, itu berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan dan pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

Pakatan Harapan pula dijangka mengumumkan calonnya pada 2 Jun iaitu tiga hari sebelum penamaan calon pada Ahad, 5 Jun ini.

Pilihan raya kecil Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang