Ahli perniagaan direman 3 hari hina kematian Haron Din

Suspek berusia 69 tahun itu ditahan kerana mengeluarkan komen sensitif di laman Facebook menggunakan nama Ong TK.

Permohonan untuk mendapatkan perintah remah terhadap suspek diserahkan kepada mahkamah majistret di Johor Bahru oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial polis Johor pada pagi Selasa.

Pendaftar mahkamah Faridatul Farrah Mohd Shukri mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari bermula pada Selasa.

Suspek ditahan di Menglembu dekat Ipoh, Perak pada Isnin sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kira-kira pukul 5 petang hari yang sama.

Dua lagi suspek ditahan atas sebab yang sama bagaimanapun dibebaskan selepas majistret Noor Aisyah Ahmad menolak permohonan polis untuk mereman mereka.

Dua lelaki berkenaan, seorang berusia 62 tahun dan seorang lagi merupakan perunding komunikasi strategik berusia 50 tahun, ditahan di Bandar Utama dan Shah Alam pada pagi Isnin.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, memetik laporan mStar Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap