Ahli Parlimen Turki bertumbuk

Jawatankuasa Perlembagaan Parlimen negara itu sedang bermesyuarat untuk membincangkan satu cadangan disokong kerajaan untuk melucutkan ahli Parlimen daripada kekebalan mereka selepas sesi Parlimen minggu lalu turut bertukar menjadi ganas.

Rakaman televisyen menunjukkan ahli Parlimen daripada parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan Parti Demokrasi Rakyat (HDP) Kurdis bergaduh dalam bilik jawatankuasa kecil selepas satu pertikaman lidah.

Beberapa ahli Parlimen turut dilihat melonjak naik ke atas meja dan kemudian menerkam sekumpulan ahli Parlimen lain – AFP

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia