Ahli Parlimen tiada imuniti lakukan jenayah, kata Azalina

Beliau berkata, pihaknya yakin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai justifikasi sendiri susulan penahanan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, malam tadi.

“Saya ingin menjelaskan bahawa penahanan Rafizi pada 5 April 2016 adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Tatacara Jenayah. Penahanan beliau dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Pada masa sama, saya berpendapat bahawa Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tidak memberi imuniti kepada ahli Parlimen dalam melakukan sesuatu kesalahan jenayah,” katanya, yang juga ahli Parlimen Pengerang.

Rafizi ditahan di hadapan bangunan Parlimen semalam sejurus selepas beliau keluar.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri