Seorang Ahli Parlimen pembangkang jatuh pengsan selepas ‘bertekak dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika perbahasan Rang Undang-Undang Syarikat 2015 di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Ahli Parlimen AMANAH-Sepang, Mohamed Hanipa Maidin terpaksa dibawa keluar dari Dewan Rakyat oleh pegawai perubatan Parlimen sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Pegawai Parlimen memaklumkan bahawa Ahli Parlimen itu muntah-muntah dan tekanan darahnya melonjak tinggi 250/110.
Ahli Parlimen DAP-Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik gambar kejadian tersebut menerusi laman sosial Twitter beliau.
Sebelum itu, Hanipa berulang kali bangun mempertikaikan jawapan Hamzah sehinggakan Menteri itu terpaksa berulang kali cuba memberikan penjelasannya.