“Ahli parlimen pembangkang macam kanak-kanak tadika”

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebudak-budakan seperti kanak-kanak tadika itu jelas tidak menghormati, mencabuli dan mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.

“Kita ada peraturan di Parlimen dan tindakan bermain politik macam budak tadika ini boleh dibuat di luar dewan seperti pentas ceramah atau di jalan raya,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Mesra Informasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 2016, di Kompleks UMNO Uthmaniah, Pulau Lima, di Pasir Pueh pada Sabtu.

Asyraf Wajdi mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang mengangkat poster dan keluar dewan ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017, di Parlimen, petang kelmarin.

Beliau berkata, setiap Ahli Parlimen seharusnya menggunakan Parlimen sebagai pentas yang terbaik untuk perbahasan sesuatu perkara demi kepentingan rakyat.

“Secara peribadi, saya mengucapkan syabas kepada Ahli Parlimen PAS dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Ahli Parlimen Semporna) yang tidak terikut-ikut dengan tindakan kebudak-budakan itu,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri