Ahli Parlimen pembangkang berarak ke Bukit Aman bantah penahanan Rafizi

Sekitar 30 orang ahli Parlimen pembangkang kelihatan memulakan perjalanan mereka pada jam 9 pagi, sebelum bermulanya persidangan Dewan Rakyat pada jam 10 pagi.

Antara mereka yang kelihatan adalah ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, ahli P{arlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli Parlimen Seremban Anthony Loke, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, serta beberapa lagi ahli Parlimen lain.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam memberi amaran kepada ahli Parlimen bahawa mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya meneruskan protes mereka hari ini.

“APA (Akta Perhimpunan Aman) juga melarang sebarang Protes Jalanan dan Penganjur bersedialah utk berhadapan tindakan tegas @PDRMsia,” kata Khalid, dipetik laman Twitternya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri